Monday, 8 August 2011

"Jangan"



Sekadar renungan dan peringatan buat kalian dan diriku jua....

- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia
akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

-Jangan sengaja lewatkan solat
perbuatan ini Allah tidak suka
kalau tertidur lain cerita

-Jangan tidur selepas solat Subuh
nanti rezeki mahal (krn berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

-Jangan makan tanpa membaca bismillah
nanti rezeki kita dikongsi syaitan

-Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan
takut mati dalam perjalanan

-Jangan biarkan mata liar di perjalanan
nanti hati gelap diselaputi dosa

-Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila2 masa..

-Jangan ego untuk meminta maaf kpd ibu bapa dan sesama manusia
jika sememangnya kita bersalah

-Jangan mengumpat sesama rakan taulan
rosak persahabatan, hilang bahagia

-Jangan lupa bergantung kepada Allah dlm setiap kerja kita
nanti kalau dah berjaya, sombong..
kalau gagal kecewa pula..

-Jangan bakhil untuk bersedekah
sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkn rezeki kita

-Jangan banyak ketawa
nanti mati jiwa

-Jangan biasakan berbohong
kerana ia merupakn ciri2 munafiq dan menghilangkan kasih orang kepada kita

-Jangan aniayakn haiwan atau manusia
doa orang yang teraniaya cepat dimakbulkn Allah

-Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
kerana semuanya adalah utk keselamatan kita.
Allah lebih mengetahui apa yang terbaik utk hamba ciptaan-Nya

wassalam..
sebarkanlah ajaranku walau satu ayat
(sabda Rasulullah S.A.W)

No comments:

Post a Comment