Tuesday, 20 October 2015

Konsep Jodoh Dalam Islam

sumber google : baitulmuslim


Kemungkinan sebahgian besar orang akan bertanya, adakah jodoh sudah ditentukan atau ditakdirkan oleh Allah s.w.t? Jika demikian, adakah kita perlu mencarinya?

Konsep jodoh menurut Islam merupakan bahagian dari konsep takdir, yang menjadikan ketentuan Allah s.w.t. Benarlah jika dikatakan bahawa jodoh sudah diatur dan ditentukan oleh Allah s.w.t. Sesiapa yang beriman pasti mengakui perkara tersebut. Rezeki, jodoh, hidup dan mati sudah diatur sejak azali lagi untuk manusia dalam kitab Luhmahfuz-Nya. Namun kenyataannya untuk mencari jodoh atau pasangan hidup, ternyata tidak mudah. Hal yang berkaitan dengan jodoh merupakan satu perkara yang ghaib dan sukar dijangka. Kadang-kala, sebahagian yang lain berasa amat mudah untuk mendapatkan jodoh. Sebaliknya, sebahagian yang lain berasa amat sukar untuk mendapatkan jodoh. Bahkan masih ramai yang belum menikah sehingga usia mereka cukup tua.

Ketika takdir "berkehendak" lain, rancangan hanya menjadi rancangan dan kita tidak mampu melawannya. Walau berapa besar pun usaha kita untuk bernikah dengan orang yang kita idamkan, kita tidak akan mampu berkata apa-apa semasa takdir "berkata" lain. Namun kita tidak dibenarkan untuk berdiam diri dan pasrah tanpa usaha.

Sebenarnya Allah s.w.t mempunyai 3 pilihan dalam menjodohkan manusia.

  • Cepat bertemu jodoh
  • Lambat bertemu jodoh tetapi suatu ketika pasti mendapatkannya di dunia.
  • Menunda mendapatkan jodoh hingga ke akhirat kelak. (Di dunia tidak bertemu jodoh)

Apa yang terpenting ialah walau apa jua pilihan jodoh yang ditentukan oleh Allah s.w.t, maka hal itu haruslah diterima sebagai perkara yang terbaik bagi kita.

Monday, 19 October 2015

Jodoh



sumber google : semarangku

Kita harus memahami dan meyakini sifat takdir jodoh bahawa semua itu sudah diatur dan ditetapkan oleh Allah S.W.T. Apa sahaja yang diusahakan oleh kita, baik mengarah kepada keinginan dan usaha pada orang tertentu mahupun menentukan waktu tertentu, akhirnya terlaksana melalui apa yang sudah ditentukan oleh Allah S.W.T. Akan tetapi, sebagaimana manusa yang mempunya akal dan fikiran, kita harus tetap berusaha dan berdoa untuk mendapatkan sesuatu yang didambakan. Denagan menyedari bahawa pemilik segala urusan hanyalah Allah S.W.T, maka seluruh harapan kita sebaiknya diserahkan kepadaNya.

Mempelajari sebanyak mungkin tentang apa sahaja yang menjadi tanggungjawab suami atau isteri dalam kehidupan rumahtangga yang islami. Seterusnya, kita boleh mengukur diri hingga berapa jauh kemampuan kita dalam memenuhi tanggungjawab tersebut. Hal itu dapat memotivasikan kita untuk berusaha memenuhi semua yang menjadi bahagian dalam kehidupan kita.

Dengan berbekalkan pengetahuan tentang rumah tangga yang bercirikan Islam, kita boleh membuat perancangan dan gambaran "kasar" tentang rumahtangga yang kita inginkan bersama pasangan hidup kita kelak. Namun hal ini harus diselesaikan dengan faktor-faktor budaya dan selera kita, yang berkaitan dengan "ruang-ruang" yang dimungkinkan dan diperbolehkan dalam syariat islam. Kita mestilah "memburu jodoh" yang sebenarnya. Maksudnya, kiata haruslah memburu jodoh dengan cara yang dibenarkan oleh Islam.