Wednesday, 25 January 2023

Di Fitnah Mencuri

Kehilangan Duit

    Sewaktu Ayong bekerja sementara di salah sebuah matrikulasi di Nilai, Ayong takde masalah dengan kawan-kawan pejabat. Semuanya baik-baik saja. Kak Ita baru datang bekerja beberapa bulan kat pejabat tu. Tak lama kemudian, datang pula seorang pelajar latihan industri, Kak Na buat buat praktikal dalam pejabat yang sama dengan Ayong. Kes kehilangan duit dalam pejabat memang dah beberapa kali berlaku. Tak pernah tau punca kehilangan duit tu. Mereka yang pernah kehilangan duit cuma bersangka baik saja. Kemungkinan duit tu hilang kerana kecuaian sendiri juga jadi takde sape pun yang dipersalahkan. Kami pun baik-baik saja. Tetap bekerja macam biasa tanpa fikir pun pasal duit yang hilang. 

    Suatu hari tu kami perlu bekerja pada hujung minggu sebab nak uruskan kemasukkan pelajar baru berdekatan asrama pelajar. Selesai je kerja kami balik ke pejabat terlebih dahulu. Nak dijadikan cerita, sebelum balik Ka Na mintak tolong Ayong pegang handbag dia sekejap. Ya, sekejap sahaja. Lepas tu kami balik ke pejabat macam biasa. Sebelum balik singgah la gerai depan pejabat dengan Kak Na. Masa tu baru Kak Na perasan duit dia hilang RM100. Puas fikir bila masa duit dia hilang. Ayong langsung tak ingat yang tadi Ayong ada pegang handbag dia sekejap. Tak terfikir pulak mungkin akan dituduh ke apa. Senang cerita, fikiran Ayong tenang saja macam takde apa-apa berlaku.


"Saya tak halalkan duit tu!" - Kak Na cakap kuat-kuat & dia ulang banyak kali ayat ni.

 

    Disebabkan Kak Na ni jenis riuh, esok tu heboh la kat pejabat yang dia kehilangan duit. Setiap hari dia sebut yang dia takkan halalkan duit tu. Kak Ita pulak siap bagi cadangan nak bawak Kak Na jumpa 'seseorang' yang boleh buat pencuri tu mengaku. Masa ni satu pejabat dah tahu hal tu, cuma Ayong yang tak tahu apa-apa lagi. Bila dah kecoh macam tu, pengurus pejabat tu adukan hal tu pada seorang pensyarah agama kat situ. Sebab bila dah ada rancangan untuk jumpa 'seseorang' risau ada unsur yang bertentangan syariat dan taknak kejadian yang tak diingini berlaku. Kalau Ayong sebut nama dia kat sini, mesti orang kenal. Masa tu adalah sorang staff tu cakap kat Kak Na yang dia tak percaya langsung pasal cerita Kak Ita tu.

    Lebih kurang 3 minggu selepas tu kami ada buat bacaan Yassin untuk semua kakitangan pejabat yang terlibat masa hari kejadian. Selesai je bacaan Yassin pensyarah ada bagitau tujuan bacaan Yassin tu diadakan. Rupanya bacaan Yassin tu dibuat sebab kes kecurian duit tu. Pensyarah juga ada terangkan manfaat dan akibat dari air Yassin tu dan semua orang kena minum air Yassin tu. Tapi sebelum minum air Yassin tu pensyarah bagi peluang kat semua orang untuk cakap apa-apa. Ikut putaran bulatan, Ayong kira yang terawal bercakap tapi takda apa yang nak dicakapkan pun. Macam Ayong bagitau tadi, sehingga ke waktu tu pun Ayong masih tenang dan tak fikir apa-apa langsung.


Terbongkar

    Sampai giliran Kak Ita, tiba-tiba dia menangis dia kata dia yang ambik duit tu. Tapi dia cakap dia cuma ambik RM50 je macam mana Kak Na boleh hilang RM100. Masa tu semua orang terdiam. Lepas tu selesai bacaan Yassin tu, baru Kak Na bagitau Ayong hal sebenar. Kak Na mintak maaf sebab sebelum ni dia pernah termakan fitnah. Rupanya Kak Ita tuduh Ayong yang curi duit tu. Satu pejabat semua dah tahu dia fitnah Ayong. Cuma diorang pilih jalan untuk berdiam diri sebab tak percaya langsung Ayong yang buat. Ayong bersyukur sangat sebab kawan-kawan yang lain percayakan Ayong dan pengurus cari jalan penyesaian yang paling terbaik untuk bongkarkan siapa pencuri tu. 

    Walaupun Kak Ita kata dia hanya ambik RM50, ramai juga yang tak percaya. Mesti la sekali tarik saja dia ambik duit tu tapi masih tetap nak tuduh orang lain. Terima kasih pada kawan-kawan yang percayakan Ayong. Ayong tak salahkan Kak Na sebab termakan fitnah. Dia pun baru dalam pejabat tu dan belum cukup untuk mengenali sikap dan hati budi masing-masing. Pensyarah pun memang membantu sangat-sangat. Kak Na ada tunjuk mesej dia dengan Kak Ita. Memang kaw-kaw dia tuduh Ayong. Kak Na tunjuk mesej tu kat orang lain. Dia tak mention nama Ayong tapi dari cerita dia memang semua orang tahu dia tuduh Ayong. Cuma Ayong saja yang tak tahu.

    Selama Kak Na bising-bising duk ungkit yang dia tak halalkan duit tu. Ditambah pulak dengan staff lain yang asyik cakap dia tak percaya, Ayong langsung tak pernah fikir apa-apa. Jauh sekali nak berburuk sangka. Kadang-kadang semua orang cakap pasal tu depan Ayong tapi Ayong langsung tak boleh tangkap. Seorang staff pernah ulang ayat yang sama dengan Kak Na, masa tu Ayong pun ada sekali. Dia cakap dia tak percaya dengan apa yang Kak Ita cakap. Dia cakap takkan Kak Na percaya tapi Kak Na nampak macam tengah fikir. Hampir sebulan jugak keadaan tu. Mungkin Ayong jenis malas nak ambik tahu. Kalau orang tak bagitau, tak perlu tanya. Sebab Ayong dah sedia maklum yang Kak Na memang marah sangat kat orang yang curi duit dia tu.


"Pencuri tu nampak baik je. Orang tu kata orang yang curi tu budak pompuan, dia ada ingatkan jugak pasal pencuri tu diam jangan disangka baik."


    Yang tu dalam mesej, yang depan-depan ada lagi ditokok tambahnya. Kebetulan sebelum tu abah baru dapat duit KWSP dan Ayong adalah berbelanja lebih dari biasa. Kak Na bagitau rupanya itupun Kak Ita jadikan modal untuk tuduh Ayong. Selama ni, diorang dah bercakap. Kejadian tu masih segar dalam ingatan Ayong, tapi Ayong tak pernah berdendam. Ayong teringat cerita pensyarah mengenai seseorang yang berdendam. Walaupun Kak Ita langsung tak mintak maaf sebab fitnah Ayong, Ayong tetap maafkan. Lagipun Ayong tak kehilangan apa-apa. Difitnah pun harga diri tak jatuh dan maruah pun tak tergadai. Semua orang pun dah tau siapa betul siapa salah. Ayong hanya duduk diam tanpa perlu buat apa-apa pun.




Tuesday, 24 January 2023

Pertama Kali Meletup

Tukar Simkad

   Sewaktu di tingkatan 6, memang Ryn la kawan Ayong. Segala kenangan dan kebodohan alam remaja Ayong banyak habiskan dengan Ryn. Kadang balik sekolah sementara tunggu bas datang memang kami berdua selalu jalan-jalan dulu kat area berdekatan. Bila nampak bas, terus naik bas. Kalau terlepas bas, bas lain banyak lagi. Apa nak hairan, memang situ area terminal bas Nilai. Satu hari tu masa jalan-jalan dengan Ryn ada sekumpulan agent telco tengah buat promosi depan 7eleven menghala ke laluan KTM. Kami tak berniat nak singgah pun. Dah dia buat tempat orang lalu-lalang.

    Seorang agent bukan bangsa melayu tanya pakai simkad apa? Kami jawab la maxis. Dia tanya umur berapa dan kami jawab 19 tahun. Dia tak percaya lalu mintak nak tengok kad pengenalan. Kami dengan bodohnya terus tunjuk. Tanpa buang masa, dia ambik je kad pengenalan kami berdua bawak masuk kereta dan daftarkan nama kami untuk telco dia. Masa tu kami pun budak sekolah bukannya tau apa-apa. Dia minta no telefon dan bagi simkad baru. Lepas beberapa hari baru tau simkad tu rupanya pakai bil. Senang betul agent tu buat duit dengan cara kena kan budak sekolah.

    Bil telefon masa mula-mula dapat tau tu lepas beberapa hari tu RM50. Ni mesti komitmen tetap untuk telco tu. Tahun 2009 untuk budak sekolah masa tu satu jumlah yang besar. Mana nak dapat? Ayong bagitau mak. Ayong cakap Ryn pun sama. Mak cakap nanti tengok-tengokkan depan 7eleven tu. Kalau agent-agent tu masih kat situ mak suruh bagitau, nanti mak datang. Lepas seminggu baru agent tu ada, muka-muka yang sama. Masa tu hampir RM100 juga la bil Ayong dengan Ryn. Ntah pelan yahudi apa dia daftarkan simkad kami. 


Mengamuk Depan 7eleven

    Sebelum mak datang Ayong dengan Ryn dah tanya dah kenapa bil kami ni melambung padahal baru seminggu. Agent yang sama ambik kad pengenalan kami tu cakap sebab kami selalu bergayut. Fuhhh...mentang-mentang la dengan budak sekolah. Ayong je tau kebenarannya. Memang Ayong takde bergayut dengan sape-sape pun. Sekadar buat panggilan penting beberapa minit saja. Ryn Ayong tak tahu la kan tapi bil dia dengan Ayong tak jauh beza pun. Memang pelan yahudi ni dia daftarkan kami. Dia ketuk kaw-kaw punya.

    Masa mak dah sampai Ayong tunjuk la agent yang mana satu. Mak tanya kenapa agent tu buat macam ni. Sekarang ni bil kami dah melambung macam mana nak bayar kami budak sekolah lagi. Tahu tak agent tu buat apa? Dia pegang bahu mak dan dorong mak jauh sikit dari agent yang lain sambil nada suara dia penuh sinis. Dia kata anak you yang bagi kad pengenalan untuk didaftarkan lepas tu cakap telefon lama-lama mana saya tau kalau bil tu mahal. Anak you la salah guna telefon kenapa salahkan kami.

    Perghhh...terus Ayong menyirap. Berani dia permainkan mak depan mata Ayong? Sewenangnya dia sindir-sindir Ayong kat mak dengan hal yang Ayong tak buat? Dia dengan mak jauh beza umur. Ayong sound dia tapi tak tinggikan suara. Ayong tak cakap pasal simkad. Ayong cakap mak saya tu orang tua, you cakap la elok-elok sikit. Mungkin dia terasa sebab budak sekolah sound dia walaupun nada suara rendah. Riak muka dia sinis. Sambil ajukkan kepala kat mak dia balas dengan penuh sinis,

"Dia orang tua, saya orang muda sebab tu cara saya tak macam orang tua."

    Lepas tu apa lagi, Ayong jerit sekuat hati marah dia. Pasal simkad, pasal dia tuduh Ayong bergayut, pasal dia tak hormat mak, dan banyak lagi la. Semua bercampur dan Ayong lepaskan masa tu jugak. Semuanya gara-gara dia buat mak macam tu. Entah apa-apa yang Ayong jerit masa tu Ayong pun dah lupa dah. Hanya mak dengan Ryn je yang saksi Ayong macam tu. Seorang agent lelaki nampak bengang dengan Ayong, dia dah kedepan macam nak sound Ayong tapi mungkin dia hormat mak. Mak bawak Ayong dengan Ryn masuk kereta dan beredar.

    Masuk je dalam kereta terus suara dan badan Ayong menggigil. Itulah kali pertama Ayong mengamuk. Kat tempat awam pulak tu. Dah la situ tempat orang lalu-lalang. Tak sempat nak pastikan kot-kot ada orang yang dikenali kat situ. Masa kereta jalan kami tengok la agent-agent tu, semua macam bengang dan seorang agent perempuan nampak terkejut. Sampai sekarang Ayong ingat kejadian tu, masih segar dalam ingatan. Mak hantar Ryn balik dan kami batalkan simkad tu. Lepas tu tak nampak dah muka agent-agent tu sampai la habis tingkatan 6.





Monday, 23 January 2023

Crush Dengan India

Crush

    Ada satu kisah ni masa Ayong belajar kat ITYNS Gentam, Kuala Pilah. Masa masuk tu Ayong terpandang sorang India ni. Macam biasa la kan, mesti la sebab dia handsome. Orangnya tinggi dan berkulit cerah. Ingat senang nak jumpa India kulit cerah kat Malaysia ni? Tapi dalam masa yang sama, kawan Ayong pun minat kat dia. Kawan Ayong mintak tolong Ayong untuk dapatkan nombor dia. Setakat nak dapatkan nombor telefon tu bukannya susah. Yang susah tu macam mana Ayong nak caras India tu kalau kawan Ayong pun suka kat dia.

    Seawal satu hari je Ayong dah boleh dapat nombor dia. Caranya senang je, Ayong baik dengan semua orang. Ayong pergi jumpa budak kelas dia yang baik dengan Ayong dan bagitau nak tengok kehadiran kelas dia. Masa tu buat-buat la tanya India ni sape? Baik ke budaknya? Ada orang minat kat dia dan suruh mintak nombor dia. Dah dapat nombor semestinya Ayong bagi kat kawan yang minat sangat kat India tu. Dalam masa yang sama Ayong mulakan langkah jugak. Nasib la sape yang dapat kan. Lagipun India tu berhak buat pilihan sendiri.


Lathan (L)

    Nak dijadikan cerita, nama India ni Lathan. (bukan nama sebenar) Ayong hadiahkan dia sebuah misscall sebelum Ayong text dia. Lathan ni layan jugak walaupun dingin. Tapi Ayong okay je. Dia tau Ayong melayu cuma dia tak tahu yang mana satu. Masa text dia pun Ayong kat rumah jadi tak boleh nak jumpa. Dulu-dulu handphone tak canggih sangat. Tiba masa dah masuk balik Institut, Ayong nampak dia jalan macam tengah mencari. Dia sebenarnya dah boleh agak Ayong cuma dia tak pasti. Lepas je dia lalu Ayong tengok phone ada misscall.

    Fuhhh...ni mesti percubaan nak tau sape gerangan Ayong. Nasib baik phone silent. Kalau tak mesti dah kantoi dah masa tu. Lepas je dia jalan tu Ayong mengaku jela tadi Ayong duduk kat sekian sekian. Lathan cakap dia suruh kawan dia call Ayong tapi tak nampak pun Ayong ambik phone. Lama-lama kitorang pun selesa dan declare hubungan berdua. Masa 1st time jumpa dia dalam tu, Ryn yang temankan Ayong. Dia pun nampak tak tahan tengok Lathan bila depan-depan. Well...sebenarnya Ayong pun tak sangka dia akan suka Ayong balik.


Dating

    Sebenarnya masa Ryn teman Ayong jumpa Lathan tu, itulah kali pertama dan terakhir kitorang jumpa dalam Institut tu. Sebab tak lama lepas tu Ryn kena rasuk. Ada la beberapa perkara yang jadi sebelum perkara tu berlaku dan menyebabkan kes rasuk malam tu. Jadi untuk menghormati tempat tu, kitorang tak pernah lagi jumpa kat dalam tu. Kalau berselisih pun buat-buat tak kenal je. Lagi satu sebab kat sana ramai melayu, India cuma berapa kerat je. Dalam 5-6 orang jela. Selalu jadi mangsa buli budak-budak melayu lelaki.

    Kitorang takde la dating macam orang lain. Cuma tiap-tiap minggu tu Ayong mesti balik sebab malas nak duduk situ. Masa balik tu la jumpa dengan dia sementara tunggu bas tu kan. Tu pun buat-buat tak kenal je. Lepas dah naik bas baru mula bercakap. Punya la nak jaga rahsia hubungan tu. Taknak budak-budak melayu kecoh. Tapi sampai bila kan? Lama-lama kantoi jugak. Diorang punya la tak puas hati dengan Lathan sebab couple dengan budak melayu. Siap perli tapi Ayong peduli apa? Budak-budak melayu kat sana pun bukan baik sangat.


Kantoi

    Lathan ada cerita budak-budak lelaki ada ugut dia kat asrama. Diorang tak puas hati betul sebab Lathan dapat couple dengan Ayong. Yang bestnya, disebabkan perangai budak lelaki ni habis sampai warden dengan pensyarah pun tau hubungan kitorang. Tapi warden siap jadikan contoh lagi. Satu hari warden asrama lelaki panggil diorang berkumpul. Warden cakap tolong la jangan asyik nak berdating. Jaga la sikit kawasan ni, takkan nak jadi macam kes rasuk sebelum ni. Nak dating pergi la jauh-jauh, sini kan tempat belajar. Hormat la sikit.

"Bell dengan Lathan pun couple jugak tapi takde la dating kat sini."

"Diorang pun tau jaga tempat ni. Bukan macam korang, teruk!"

    Fuhhh...terkejut jugak masa Lathan cerita tu. Tapi dalam masa yang sama, bangga la jugak. Lepas je kejadian tu terus terkunci semua mulut budak-budak lelaki. Ayong ada tanya jugak budak lain pasal tu. Yela, diorang tak semua yang tak puas hati. Ada jugak yang okay dan tak masuk campur yang penting tahu jaga diri. Memang lepas Lathan cerita tu, budak lelaki takde dah perli-perli Ayong. Diorang dah sedia maklum Ayong dengan Lathan kat area pekan pun takkan dating, kitorang dating masa balik kampung je jauh dari Kuala Pilah.

Friday, 20 January 2023

Keberkatan Gaji

    Tak faham dengan sesetengah manusia yang suka sangat mengelat masa bekerja. Gaji nak dibayar, tapi kerja selalu curi tulang. Kalau nak diikutkan, gaji dibayar mengikut waktu bekerja 8 jam. Kalau tak cukup 8 jam, mana nak datang berkatnya? Lagipun waktu bekerja bukannya sentiasa bekerja. Kadang waktu bekerja pun kita main-main. Jadi tak usah berkira kalau kita perlu bekerja waktu rehat pun.

    Itu yang waktu bekerja tak buat kerja, belum lagi yang keluar rehat tak balik-balik. Pernah tak fikir waktu bekerja yang kita gunakan untuk keluar tu, waktu tu masa berjalan, gaji pun jalan. Gaji dibayar untuk kita bekerja tapi kita buat apa? Jadi fikir-fikirkan la. Mana nak datang keberkatan gaji pun. Bila tanya kerja apa sibuk pertahankan kerja halal. Ya kerja memang halal tapi cara bekerja tu adakah halal gaji tu.

    Gaji buta. Itulah istilah yang kita selalu pakai untuk orang yang tak buat kerja tapi dapat gaji. Gaji buta ni halal ke? Korang fikir la sendiri. Jangan seronok sangat mengelat masa kerja. Kalau korang jadi bos, korang suka tak bayar gaji pekerja yang mengelat masa waktu bekerja? Mesti tak suka kan. Kerja kerajaan pun siapa yang peruntukkan duit untuk bayar gaji? Rakyat kan? Fikirkan. Mana keberkatan gaji korang tu.

Thursday, 12 January 2023

Nekad

    Okay ni last Ayong punya nekad kalau sampai hujung tahun ni memang hubungan dengan dia masih di takuk lama, maksudnya Ayong memang dah kena move-on la. Tahun 2023 memang konfem nak move-on. Sebelum ni Ayong cari orang lain tapi tak putuskan hubungan dengan dia. Bukan nak curang, tapi rasa macam takde hala tuju. Hubungan masih dalam kekeliruan, semua persoalan takde jawapan. Mesti la serabut kan.

    Jadi kali ni, Ayong nekad kalau hubungan masih takde kesudahan Ayong nak putuskan hubungan dengan dia dulu sebelum cari orang lain. Maksudnya kita kena la selesaikan hubungan ni dulu kan. Tapi dalam usaha nak move-on tu sebenarnya sedikit sebanyak Ayong dah bosan dengan semua ni. Rasa macam dah malas nak fikir soal jodoh. Kalau pun Ayong nak usaha, ni yang terakhir la. Lepas tu tengok la bila hati nak terbuka balik.


Omi Premium Kali Keempat (Terakhir)

     Kalau tak silap Ayong rasanya tiga hari sebelum buat keputusan Ayong dah Ayong dah siap bayar omi premium kali keempat dah. Tapi sebelum bagitau dia nak putus tu belum terima sape-sape la kat omi tu. Cuma dah bersedia la nak move-on. Pasal omi ni pun dah terasa bosan sebenarnya. Memang hati pun dah nekad ni bayar premium yang terakhir la sebelum Ayong betul-betul putus asa. Hati ni dah penat sangat dah.

    Orang pandai cakap jangan putus asa tapi kalau try hard sangat nanti kecewa takut jadi heartless pulak jadi lebih baik berehat. Apa nak risau, jodoh pertemuan tu kan di Allah dah aturkan. Kita dah berusaha tapi jangan la terlalu berharap pada manusia. Tapi biasa la, kekadang tu tuan punya badan okay je, orang lain la yang melebih-lebih kononnya macam pandai sangat nak aturkan hidup orang.


Nekad

    Disebabkan masa ni dia ada kat kampung dan macam biasa la bila balik kampung je mesti hilang dari radar, jadi Ayong betul-betul dah kuat la nekad nak putuskan hubungan. Ayong bagitau dia yang Ayong dah sedia nak berundur dan takkan ganggu hidup dia lagi. Lepas tu Ayong tunggu satu hari je untuk dia respon. Tapi macam biasa la dia tak respon pun. Buat palau je. Bukan bagi Ayong tempoh satu hari tu lama tapi dah setahun setengah Ayong tunggu dia.

    Jadi lepas satu hari Ayong hantar last mesej kat dia terus Ayong block whatsapp dia. Memang dah malas nak fikir. Ayong block bukan sebab benci. Tapi untuk apa sakitkan hati sendiri kan. Daripada merana tertunggu-tunggu reply dari dia yang memang takkan reply tu jadi lebih baik block. Tak payah tunggu la reply dia yang takkan wujud tu. Buang masa dan menyakitkan hati. Jadi akhirnya putus la hubungan Ayong dengan dia.

Friday, 6 January 2023

Rumah Kat Kampung

    Baru-baru ni sepupu Ayong sodok tanah kepunyaan dia kat kampung. Tanah tu sebelah tanah abah. Sebenarnya memang nak buat rumah kat kampung untuk memudahkan urusan abah. Tapi lepas setahun mohon rumah PPRT tetap takde jawapan. Jadi Ayong dengan adik-beradik sepakat untuk buat personal loan guna nama adik perempuan untuk buat rumah kat kampung. Tapi bayar sama-sama la. Disebabkan ada komitmen jadi kalau la sekiranya Ayong nak kahwin, suami kena setuju yang Ayong perlu bekerja untuk bayar komitmen tu.

    Lepas habis bincang Ayong dengan adik-adik sepakat nak buat rumah empat bilik. Cukup la bilik sorang satu. Adik perempuan tak guna sangat bilik tu sebab dia dah berkahwin dan tinggal kat rumah lain kat Nilai. Jadi bilik tu sekali-sekala boleh la abang duduk situ bila datang rumah. Tapi nak harapkan load memang tak cukup la jadi rumah perlu dijual untuk cukupkan bajet. Selesai je urusan load dan jual rumah, terus deal dengan kontraktor. 20 tahun duduk kat area perumahan, rasa tak sabarnya nak jadi orang kampung semula.

    Tanah abah ni agak dekat jugak la dengan sungai, tapi air sungai tu cetek. Kata saudara-mara yang lain dulu sungai tu kecik je. Air memang dalam tapi selalu banjir. Lepas besarkan sungai tu yang air jadi cetek tapi dah tak banjir. Mudah-mudahan la. Moga Allah mempermudahkan urusan kami sekeluarga untuk bina rumah kat kampung. Lepas ni bila dah duduk rumah bawah, senang la nak bawak abah keluar jalan-jalan. Tak perlu tunggu adik lelaki, Ayong sendiri pun masih mampu angkat abah duduk atas kerusi roda dia.

Friday, 30 December 2022

Masalah

Keluar

    Setelah difikir-fikir, Ayong pun terima la tawaran untuk uruskan homestay dengan Wak. Pasal kapten tu Ayong dah lama tak dengar khabar. Kata Wak dia ke Sabah. Buat apa ke Sabah Ayong tak tanya cuma yang Ayong tahu, isteri kedua kapten tu duduk Sabah. Jadi kapten ke Sabah jumpa isteri la kot? Ayong taknak mempengaruhi keputusan dia. Ayong taknak nanti bila Ayong baik dengan dia, nanti dia rasa takde masalah nak lepaskan isteri dia sebab dia ada pengganti. Jadi Ayong senyapkan diri. Apa-apa Ayong cuma berhubung dengan Wak je.

    Satu hari tu Wak kata kapten nak ajak keluar makan. Ayong cakap okay je yang penting Wak kena ada sekali. Ayong suruh Wak bawak isteri dia sekali sebab Ayong dah lama tak jumpa dia. Kitorang naik satu kereta. Kapten bawak vellfire. Masa Ayong bukak pintu belakang Ayong nampak ada perempuan muda duduk kat kerusi belakang. Wak terus cakap ni isteri dia. Allahu, Wak dah ada isteri nombor rupanya. Kapten bawak pergi makan kat Putrajaya. Lepas makan, Wak dengan isteri dia hilang entah dating kat celah mana.

    Selambe badak je tinggalkan Ayong berdua dengan kapten. Kapten ni  asyik cakap pasal bisnes. Suruh Ayong buat tu suruh Ayong buat ni. Asyik tanya Ayong minat apa. Ayong banyak kali cakap Ayong tak minat apa-apa. Ayong cuma suka menulis. Pastu dia suruh Ayong tulis buku pasal tokoh-tokoh ternama. Hadoiii la, dia ni kalau bercakap nak ikut kepala hotak dia je. Patut la isteri nombor 2 tak tahan. Dia memang ada bakat semulajadi untuk mengawal kehidupan pasangan dia. Ayong memang dah mula rimas dah ni.


Tawaran

    Ayong dengan Wak pun berjumpa untuk bincang pasal pengurusan homestay. Pasal kos, keperluan gaji masing-masing dan sebagainya. Kalau ikutkan Ayong dah setuju dah sebelum balik tu. Wak belanja KFC untuk makan situ dan dibawa pulang. Betul-betul takde masalah. Wak bagitau nanti Wak akan usahakan kereta untuk Ayong tapi Ayong taknak cakap pasal tu. Lepas habis bincang Ayong marah Wak pasal kapten. Wak cakap kapten tu dah bercerai dengan isteri dia ni apahal ada 2 isteri pulak. Wak cakap umur kapten 46 tahun tapi kapten cakap 56 tahun.

    Wak cakap betul la kapten tu ada isteri, yang bercerai tu isteri kedua. Memang la yang bercerai tu isteri kedua tapi hari tu Wak cakap lain. Wak cakap dia betul-betul tak ingat apa dia cakap tapi dia cuma nak yang terbaik untuk Ayong. Masa ni Ayong dah nampak Wak cuba untuk tak cari gaduh dengan Ayong. Wak taknak Ayong meradang. Wak pun mintak maaf kalau dia ada tersalah cakap. Wak cakap kapten sekarang kat KL ambik laptop. Ayong faham la tu, dia ambik laptop Ayong. Laptop tu laptop lama cuma dia hantar kedai nak bagi elok sikit.

    Masa ni dah kira penentu dah. Ayong memang dah bayangkan yang Ayong akan mula bekerja uruskan homestay dengan Wak sepenuhnya bermula Mac 2023. Habis je kontrak kerja Ayong sekarang terus Ayong ada kerja baru. Sebenarnya jarak tempat kerja sekarang dengan homestay tu sekitar 5 minit je. Tempat tu memang bersebelahan. Cuma yela, Wak ni dia teruja nak tengok Ayong ada kereta jadi itu jela modal yang dia jual bila nak cakap pasal kerja. Padahal Ayong sikitpun tak heran. Ayong nak beli atas usaha dan titik peluh Ayong sendiri.


Tiberrr

    Esok tu kapten wasap Ayong. Ayong tau dia nak ajak jumpa. Ayong reply lambat-lambat. Dah dia kerap ajak jumpa bosan jugak. Tahu la dia sunyi tapi Ayong ni tak suka diganggu. Sebetulnya Ayong dah tak berminat pasal laptop tu sejak kapten macam nak kawal hal peribadi Ayong. Takde laptop pun takpe la. Petang tu bila Ayong reply dia macam dah takde mood. Esoknya Wak pulak wasap Ayong. Wak tanya ada ke kapten wasap Ayong, selalunya berapa lama Ayong ambik masa untuk reply wasap kapten. Ayong pun bagitau la keadaan sebenar.

    Wak pun mula la dengan ceramah bisnes dia. Dia kata kalau reply lambat nanti pelanggan dah tak berminat. Wak cakap kapten pun persoalkan hal yang sama. Kapten kata boleh ke Ayong uruskan bisnes kalau reply pun lambat. Ohhh okay. Ayong pun jujur jela keadaan sebenar. Ayong cakap sebenarnya Ayong tak selesa bila kapten asyik ajak jumpa. Ayong cakap Ayong tak berminat dengan semua tu. Ayong cuma nak kerja je. Wak pun terima penjelasan Ayong dan mintak Ayong abaikan apa yang dah berlaku.

    Lepas dari hari tu kapten takde wasap Ayong lagi dah. Bila difikirkan balik Ayong rasa sebenarnya tak patut Ayong terima tawaran tu. Ayong kena hadap diorang ni selalu. Ayong bukannya tak pernah koyak dengan Wak. Sekarang ni tiba-tiba nak kena jaga perasaan orang lain pulak. Suami orang pulak tu. Kisah ke Ayong dengan suami orang? Peduli apa dia kaya raya sekalipun. Sekalipun dia bujang tapi kalau asyik nak mintak kita layan kesunyian dia baik tak payah. Banyak lagi benda lain nak dibuat. Jadi Ayong tolak tawaran tu.

Saturday, 24 December 2022

Pelawaan

    Kali kedua Wak ajak jumpa sebab katanya nak biasakan Ayong bawak kereta. Masa ni kapten pun ada sekali tapi dia nak ke Langkawi. Jadi Ayong dengan Wak hantar dia pergi airport lepas tu Wak kata kapten suruh tunjukkan tapak projek diorang kat Ayong. Elok-elok taknak keluar berdua tak pasal dah keluar berdua dengan Wak. Mula-mula Wak bawak Ayong tengok tapak homestay diorang kat Kampung Jijan, Nilai. Wak mintak cadangan Ayong kalau ada apa-apa nak tambah pasal homestay tu. Wak kata kapten nak bagi homestay tu kat Wak untuk diuruskan tapi Wak tak pandai pengurusan. Jadi Wak ajak Ayong untuk uruskan homestay tu.

    Lepas tu Wak bawak Ayong tengok tapak projek perumahan kat area Dengkil. Masih dalam pembinaan. Untuk projek ni pun Wak ada tanya kalau-kalau Ayong berminat nak jual beberapa unit rumah tapi awal-awal Ayong tolak. Sekejap je kat Dengkil tu. Ayong ajak balik sebab dah tak selesa. Sampai je Nilai Wak ajak makan Ayong pun okay jela dah orang nak belanja. Wak tanya lagi Ayong suka kereta apa. Wak cakap kalau Ayong setuju je untuk bekerjasama dengan Wak uruskan homestay tu, Wak boleh terus cakap dengan kapten supaya belikan Ayong kereta. Pulak dah Wak ni. Orang nak cakap pasal kerja, dia tak habis-habis pasal kereta.


Kapten

    Ayong cakap benda-benda macam ni kena la fikir dulu. Lepas beberapa hari kapten pulak wasap Ayong ajak jumpa. Dia kata ada benda nak bagi. Ni tak lain tak bukan mesti nak bagi coklat, yela baru balik Langkawi kan. Emm...betul la tu, memang coklat pun. Masa jumpa ni kat kedai makan area rumah je. Ingatkan Wak pun ada la lepak sekali, rupanya Wak tunjuk muka kejap je. Lepas dah duduk berdua tu kapten ajak Ayong pergi KL tengok showroom kereta. Dia cakap honda ada buat showroom kereta baru, jomlah. Boleh shopping-shopping sekali kat sana. Ayong terfikir dia ni kalau kenal dengan perempuan, memang ajar kemewahan ke?

    Disebabkab Ayong tak berminat Ayong tolak la pelawaan dia tu. Kalau nak terima pun terima tawaran kerja je. Nak lebih dari tu tak berminat la. Bukan tak suka duit tapi Ayong lagi suka kalau orang yang Ayong sayang yang belanja semua tu. Esok tu kapten ajak jumpa lagi. Sebab balik kerja perut lapar dan dah tau kat rumah takde makanan, Ayong okay kan je. Hari tu dia luahkan pasal kehidupan dan hubungan dia pulak. Dia macam bagi hint perasaan dia dengan Ayong. Ayong cakap la sape-sape tak kisah yang penting bukan suami orang. Dia tanya kenapa tak boleh suami orang, Ayong cakap sebab dah jadi suami orang la.

    Lepas tu kapten pun cerita la pasal dia. Ternyata Wak ni memang ada jugak menipunya ya. Wak cakap kapten tu umur dia 46, rupanya 56 tahun. Wak cakap isteri dah bercerai. Ya betul la tu. Masalahnya yang bercerai tu isteri nombor 2! Isteri nombor 1 elok je sihat lagi kat kampung tu. Cuma isteri yang kedua ni dah bercerai 2x. Sekarang masih lagi isteri kapten dan tengah dalam ura-ura nak ke talak 3. Isteri kedua ni umurnya baru 36 tahun. Staff kat syarikat dia. Ohh...bos kahwin dengan staff rupanya. Mengikut dari cerita kapten, isterinya tu boros berbelanja. Ahhh, mesti kapten jugak yang ajar tu.

    Haihhh...serabut jugak ye. Kaya berharta pun kena tinggal? Kapten ada tunjuk wasap isteri kedua dia mintak dilepaskan dan kapten tengah tahan diri sebab kali ni kalau dia lepaskan bermakna dia dah takde peluang nak rujuk balik dengan isterinya tu. Kapten mintak pendapat Ayong sebagai seorang perempuan tapi Ayong takde idea. Ayong cuma dapat rasa yang perempuan tu nak kebebesan. Sebab masa Ayong lepak dengan kapten Ayong ada nampak sikap suka mengawal dia tu. Masa tu hujan baru turun renyai tapi Ayong dah biasa redah. Kapten tak bagi balik. Dia cakap kalau isteri saya ni, saya tak bagi bawak motor.

Sunday, 18 December 2022

Jawapan Istikharah

    Penat la kan asyik kenal dengan orang baru. Nak kena mulakan balik apa yang kita dah tamatkan dengan orang lain. Tapi dalam hal ni, Ayong tak tamatkan hubungan dengan hamba Allah tu. Dia ada je dengan Ayong cuma sikap dia tu yang buat Ayong tak yakin dengan dia. Sibuk takde masalah. Tapi yela, asyik hilang tak bagitau pastu tak dapat nak jejak. Orang lain pun kahwin jugak tapi takde la sampai hilang dari radar macam dia tu. Kalau bujang, jangan buat orang fikir bukan-bukan. Bukan Ayong tak kawal fikiran ni tapi masa lalu yang buat Ayong terlebih berhati-hati. Dia bukannya tak tahu, dia tahu.

    Disebabkan dia ni jenis suka hilang dari radar dan hubungan tu pulak kadang baik kadang tak jadi Ayong dah mula untuk tak letakkan harapan dalam hubungan ni. Masa ni Ayong dah malas nak cari orang lain. Dah malas nak mulakan balik. Walaupun Wak suruh kawan dengan kapten yang dah ada depan mata tu pun tetap je Ayong malas. Nak cakap pasal lain okay je, pasal hati dan perasaan memang tidak la. Jadi untuk hubungan seterusnya Ayong cuma teruskan apa yang ada je. Tapi Ayong ada tetapkan matlamat jugak. Kalau sampai hujung tahun ni hubungan tu masih sama je Ayong dah nekad nak lepaskan je hubungan ni walaupun takde orang lain.

Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli

    Selama ni Ayong buat istikharah tapi tak dapat jawapan. Kadang Ayong tertanya-tanya, apa sebenarnya petunjuk tu. Mungkin Allah dah bagi tapi Ayong tak nampak. Puas la Ayong godek ceramah agama pasal istikharah kat youtube tu. Akhirnya jumpa la satu video ni ceramah daripada ustaz Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli. Ustaz cakap, ada orang buat istikharah tapi rasa macam biasa je macam takde apa-apa petunjuk. Ustaz kata kalau macam tu teruskan. Kadang-kadang petunjuk ni kat depan. Ada orang terus jadi. Dia buat istikharah tapi takda apa-apa petunjuk, dia teruskan masuk meminang dan hubungan tu terus sampai kahwin.

    Jadi tahu la Ayong itu jawapannya. Ayong cuma perlu teruskan je dengan hamba Allah yang dah kantoi menipu ni, yang selalu hilang dari radar ni, yang selalu tanya tak berjawab dan selalu macam-macam la. Ya, teruskan sebab itulah petunjuknya. Untuk pujuk hati sendiri Ayong pun fikir la mungkin dia ada sebab munasabah kenapa dia buat macam tu tapi tetap je takde orang yang suka diri dia kena tipu. Jadi sekarang ni, Ayong teruskan dengan dia dan berhenti cari orang lain. Tapi nekad tetap nekad la kan. Kalau banyak makan hati je dengan penipuan dia macam mana nak bertahan. Kita tengok sampai hujung tahun ni macam mana.

Monday, 12 December 2022

Berjumpa

    Lepas 2 minggu akhirnya Ayong jumpa la dengan pemilik laptop tu. Jumpa kat As-Salam je tapi yang ada aircond la. Mula-mula jumpa tu dia baru balik dari Langkawi sebab ada projek kat sana. Orang panggil dia Kapten je sebab dulu dia Kapten jadi gelaran tu melekat sampai sekarang. Pertama kali jumpa sembang santai je. Itulah kali pertama Ayong jumpa Wak lepas sekian lama tak jumpa. Gaya memang dah berubah Wak ni. Patut la nak kahwin sangat. Kapten tanya la nak buat apa dengan laptop tu, Ayong cakap la nak menulis. Oo...pastu mesti la dia tanya nak tulis apa, buku ke? InshaAllah tengah fikirkan.

    Pastu sembang seterusnya level bisnes. Dia tanya Ayong minat bisnes tak. Kapten tanya Ayong paling suka bisnes apa. Kapten cakap dia tengah nak cari orang untuk uruskan homestay dia. Kapten pun bercadang nak bukak restoran ala-ala KFC. Setakat ni resepi semua dah ada, modal memang jangan cakap la, bukan masalah besar. Kapten cakap Wak ada bagitau yang Ayong bukan orang yang materialistik dan kapten memang tengah cari orang yang macam tu. Sembang kali pertama ni sebenarnya lebih pada sembang bisnes je. Takde nak sembang pasal nak berkawan ke apa. Wak pun tak banyak bercakap.

    Sebelum balik sempat nak tukar nombor phone dengan kapten. Kapten ada bagi cenderamata dari Langkawi. Belum tengok lagi dah boleh agak dah ni mesti coklat. Masa nak bayar Wak dengan kapten berpecah. Ayong pilih untuk ikut Wak. Ayong tanya la memang kalau keluar makan kapten ke yang bayar. Wak cakap mesti la dah kapten yang berduit buat apa Wak nak keluar duit. Sebelum pergi kat kereta kapten bagitau yang dia nak pergi ke toilet sekejap. Wak pun apa lagi, masa berdua dengan Ayong sempat lagi dia promote kekayaan kawan dia si kapten tu. Macam-macam dicakapnya pasal kapten. Menyempat lagi Wak ni.

    Wak sempat lagi bagitau Ayong dia suruh Ayong terima tawaran kapten tu. Wak bagitau kapten orang yang berpengaruh. Banyak peluang boleh dapat dengan dia. Boleh belajar perkara baru jugak. Wak cakap kapten ni baik orangnya suka tolong orang. Ayong boleh kerja dengan dia pastu nanti kapten boleh belikan kereta. Wak suruh mintak kereta yang bagus-bagus. Pulakkk...Wak ni baru je kapten bagitau Ayong bukan materialistik. Wak cakap nanti Wak la yang tolong ejaskan pasal kereta tu. Ayong duduk je diam-diam. Wak suruh Ayong fikir dulu masak-masak nanti Wak nak tau keputusan.

Tuesday, 6 December 2022

Laptop

     Baru-baru ni ada kawan lama dalam RELA yang tanya khabar Ayong. Katanya dia banyak projek sekarang. Dia ni memang berusia la orangnya. Ayong panggil dia Wak, biasa la orang jawa. Wak tanya Ayong ada tak kawan-kawan Ayong yang nak kerja atau Ayong nak tak kerja dengan dia. Wak ada bagitau kalau Ayong sanggup berhenti kerja untuk kerja dengan dengan dia, nanti dia belikan kereta. Wak cakap dia nak bukak restauran makanan segera ala-ala KFC tu. Ayong pelik jugak betul ke kawan aku ni. Tak lama lepas tu Wak luahkan keinginan dia nak beristeri lagi satu, dia mintak Ayong carikan dia nombor 2. Hellooo? Ayong sendiri pun belum kahwin, nak fikirkan jodoh orang? Nombor 2 pulak tu, terus malas nak layan dia.

         **************************************************

    Beberapa bulan kerja pejabat Ayong dah mula selesa flow bekerja. Kadang sibuk kadang tak sibuk. Bila ada kerja, sibuk tu melampau sampai nak tengok phone pun tak sempat. Kadang tu bila takde kerja, sampai tak tahu nak buat apa. Ayong memang dah biasa bekerja sebelum ni. Dah biasa bila takde kerja tu, cari la apa-apa pasal kerja yang boleh dibuat. Susun fail ke, kemas-kemas ke. Kemaskini apa-apa yang patut ke. Setiap hari-hari yang takde kerja ada je perkara untuk Ayong buat-buat sibuk sampai satu tahap tu Ayong betul-betul dah takde kerja. Jadi Ayong pun terpanggil la untuk bukak semula blog yang dah bersawang ni dan mula menulis kembali. Ayong ni sejenis yang bila dah mula menulis memang susah nak berhenti.

    Lepas satu ayat, mesti nak sambung lagi. Lepas habis satu entri, meronta-ronta nak sambung tulis entri. Tapi kat rumah takde komputer atau laptop pulak. Jadi macam mana nak dapatkan komputer atau laptop untuk diri sendiri kat rumah ni? Menulis ni seronok. Untung-untung boleh buat buku, buat duit. Idea dah ada, cuma nak kembangkan je. Bukannya nak tulis pasal diri sendiri je. Pasal lain yang bermanfaat pun banyak yang boleh ditulis. Tiba-tiba Ayong teringat kat Wak yang banyak sangat projek tu. Dia pernah kata nak belikan Ayong kereta. Tapi Ayong taknak kereta, mungkin dia boleh tolong Ayong dapatkan laptop? Ayong pun cuba hubungi dia semula. Dengan harapan boleh dapatkan sebuah laptop.

****************************************************

    Seperti yang dijangka, Wak okay je bila Ayong cari. Cuma mula-mula tu jela dia ungkit berkali-kali sebab Ayong taknak tolong dia carikan isteri nombor 2. Pastu Ayong terus potong cakap Ayong sendiri belum kahwin buat apa nak sibuk jodoh orang lain, malas nak dengar. Ayong cuma tanya laptop terpakai. Wak cakap nanti usahakan laptop tu. Pastu Wak ni dia suka jaga tepi kain orang jugak. Dia cakap dia ada kawan lelaki nak kenalkan kat Ayong. Ayong cakap Ayong serabut banyak benda nak fikir, malas nak fikir pasal tu. Wak ni mula-mula dia okay la lama-lama dia busy body. Wak asyik cakap nak jumpa nak bincang pasal bisnes. Ayong berkeras taknak jumpa berdua. Kalau nak jumpa Wak kena la bawak isteri dia sekali.


Mental Koyak

    Lepas beberapa hari Wak call Ayong balik dia kata dia dah dapat dah laptop tu. Ayong tanya harga laptop tu berapa sebab Ayong nak bayar. Wak cakap tak payah bayar ambik free je tapi tuan punya laptop tu nak jumpa Ayong. Ayong kata nak jumpa boleh je ambik budi bahasa tapi taknak la jumpa sorang. Nak Wak pun ada sekali. Wak pun okay je. Tapi Wak ni bila mula busybody dia memang merimaskan. Habis hal peribadi orang dia nak masuk campur. Wak cakap masa dia tanya kawan dia pasal laptop tu kawan dia ada la tanya-tanya sape tu yang nak laptop perempuan ke. Wak jujur jela perempuan. Wak cakap boleh tak kenal dengan kawan dia tu. Haalaamaak...ni yang malas ni. Ayong nak cancel je laptop tu tapi Wak tak bagi.

    Wak cakap dengar cakap dia. Wak lebih kenal kawan Wak tu. Ayong cakap kalau nak laptop tu kena kawan, baik tak payah. Ayong cuma tanya laptop terpakai je, taknak serabut kepala. Wak cakap takpe, jumpa je dulu. Lagipun kawan dia ni baik dan berduit. Apa je dia takde. Semua dia ada. Ayong cakap la semua ada ya, mesti isteri pun ada kan. Wak cakap dulu ada, sekarang takde. Anak-anak dah besar. Ayong tambah lagi mesti dah tua kan. Wak cakap baru 46 tahun. Ayong dah mula rimas ni. Kang dah jumpa dia tersuka tapi Ayong tak suka macam mana, kan dah jadi masalah. Wak cakap takpe kawan je dulu, Wak lelaki Wak faham hati lelaki. Lagipun kawan dia dah pernah bercerai mesti dia tau nak uruskan hal-hal perasaan ni.

    Terus-terang la, Ayong memang bantah gila-gila hal ni. Ayong tak suka orang masuk campur dan sibuk-sibuk nak uruskan hal peribadi Ayong lebih-lebih lagi soal jodoh. Ayong mengamuk teruk dengan Wak hari tu. Wak tetap berkeras nak pertahankan pendirian dia nak suruh Ayong kawan dengan pilihan dia. Dia cakap kawan dia ada segala-galanya. Kalau Ayong kahwin dengan kawan dia Ayong dijamin boleh hidup senang. Wak siap promote kawan dia ada rumah besar, kereta dekat 10 bijik. Bisnes maju dan selalu tolong orang. Wak cakap Ayong kawan dia, lelaki tu pun kawan dia. Mesti la dia nak kenalkan dengan orang yang baik-baik untuk kawan dia. Serius la mental Ayong dah koyak. Seminggu lebih fikiran Ayong terganggu pasal hal ni je.

Wednesday, 30 November 2022

Discaj Dari Penyakit

    Macam biasa, beberapa bulan sekali Ayong kena jumpa doktor untuk pantau kesihatan mental Ayong. Hari tu Ayong pergi ke klinik macam biasa untuk datang temujanji dengan doktor. Selalunya doktor yang pantau Ayong tu doktor lelaki. Tapi hari tu dia takde pulak. Ayong kena jumpa doktor perempuan. Doktor tu tanya sikit-sikit je. Ayong memang la dah okay tapi kesihatan mental ni kadang-kadang kita tak boleh kawal. Memandangkan doktor nampak Ayong dah pulih, dia pun discajkan Ayong. Lepas ni Ayong dah tak perlu jumpa doktor lagi.

    Ayong macam tak yakin pulak bila doktor nak discajkan Ayong. Sebab doktor tanya pun santai-santai je sedangkan Ayong ada masa-masa trigger Ayong. Kalau dah discaj nanti susah dah nak jumpa doktor pakar. Ayong takde tempat nak luahkan isi hati. Ayong cuma ada doktor je faham Ayong. Orang lain sorang pun takde yang faham. Dia suruh kita luahkan, pastu alih-alih kita yang serabut sebab kena tadah telinga dengar cerita dia. Ayong taknak macam tu. Ayong nak doktor yang biasa Ayong jumpa tu.

    Tolong la jangan kata luah jela kat Allah sebab Dia Maha Mendengar. Ya, ya, ya tahu Allah Maha Mendengar. Tapi nak manusia. Manusia ni dia kurang kemahiran mendengar. Sepatutnya masa orang luahkan masalah, kena la diam. Tapi dia sibuk nak cerita pengalaman dia kononnya apa yang dia lalui lagi teruk dari orang lain. Ayong betul-betul tak yakin bila doktor perempuan tu nak discajkan Ayong. Jadi Ayong pun cerita la masalah lain supaya Ayong masih boleh jumpa doktor lagi. Nasib baik doktor pun okay je cuma lepas ni Ayong akan kerap berjumpa dia la.

Thursday, 24 November 2022

Berulang Lagi

    Satu perkara yang selalu berulang dalam hubungan ni ialah dia selalu berahsia! Bila tak tanya dikatanya Ayong tak ambik tahu. Bila tanya tak dijawab pulak. Apa yang dia nak pun Ayong tak tahu. Dalam bulan puasa hari tu dia kata ada breakdown kat Ipoh jadi dia agak sibuk. Ayong memang tak kacau la kalau pasal kerja ni. Seminggu sekali je Ayong wasap dia tu pun dia mengharap dia reply pun. Minggu terakhir sebelum raya tiba-tiba dia nak call, ajak bergayut malam-malam. Dia kata kerja dah nak habis kalau dapat siap awal boleh la balik.

    Sebenarnya dia ni ada sejenis sikap yang sebelum dia nak menghilang, dia akan bagi perhatian kat Ayong dulu. Ayong dah boleh agak. Minggu depan raya mesti dia hilang terus dari radar tak dapat dikesan. Emm...betul la tu. Memang dia hilang pun raya hari tu. Entah-entah memang betul suami orang kot. Pergi kerja kat bandar, isteri tinggal kat kampung. Sebab tu asal balik kampung je senyap. Alasan baru nak berkumpul adik-beradik. Orang lain pun ada kampung jugak tapi tak la macam dia tu. Maksud Ayong, dia hilangkan diri terus selama kat kampung.

Omi Premium Kali Ketiga

    Lepas raya Ayong dah tak nak tunggu. Terus cari orang lain. Bukan hati ni rapuh tapi takde penjelasan. Dah orang tu pulak kuat berahsia. Lepas tu kuat menipu. Ahhh lantak dia la, biar la dia dengan hidup dia. Bila bosan, cari. Bila tak perlu, tinggal. Nak hilang terus, silakan! Kali ni omi premium kali ketiga ada hasil. Ada la kenal dengan sorang mamat Kedah ni, kerja kat Shah Alam. Dia kata nak tamatkan zaman bujang dalam tahun tu (2022) atau tahun depan (2023) tapi hubungan kitorang bertahan beberapa bulan je. Dah bukan jodoh.

    Dia ni boleh tahan sibuk jugak kerja dia. Mungkin itu salah satu sebab hubungan tu bertahan selama beberapa bulan. Cuma satu je, idea nak berborak tu kurang. Mungkin dia pun pendiam macam Ayong jugak. Jadi sebab tu jugak la hubungan tu tak bertahan. Terputus macam tu je. Lepas tu macam biasa la. Ayong masih lagi ada hubungan dengan orang yan sama. Tapi Ayong dah nekad, tahun tu (2022) je Ayong cuba pertahankan hubungan tu. Kalau dah masuk tahun depan kekeliruan dan persoalan ni masih takde jawapan, Ayong angkat kaki. 

Friday, 18 November 2022

Tukar Kerja

    Tak lama lagi Ayong dah nak tukar kerja. Punya la berfikir nak cari kerja lain, tup tup bomba bukak jawatan kosong secara kontrak. Takpe la kontrak pun, untuk timba pengalaman setahun dua apa salahnya kan. Walaupun gaji tak besar macam RELA, tapi waktu bekerja tak lama. Cuti pun selain hujung minggu dapat jugak cuti mengikut cuti umum yang ditetapkan. Banyak aktiviti boleh dibuat. Lagipun Ayong dah biasa kerja kat situ. Kadang-kadang hujung minggu buat la jugak partime dengan RELA tapi mula-mula jela, pastu takde dah. Ayong masih lagi anggota RELA cuma tak terlibat dengan tugasan tetap. Ayong masih lagi bekerja di tempat yang sama, cuma kerjanya saja yang berbeza. Pegawai pun dah kenal.


Lulus Lesen Motor

    Sebulan sebelum berhenti, Ayong kerja partime je dengan RELA. Waktu terluang Ayong pergi akademi memandu buat latihan motor. Kali ni Ayong nekad Ayong nak lulus. Memang rajin jugak Ayong pergi. Lepas daftar untuk ujian Ayong teruskan kelas macam biasa. Sebelum tarikh ujian, Ayong datang dulu tengok hari ujian motor dijalankan. Nak merasakan suasana buat hilangkan gementar. Cikgu nampak Ayong, dia ajak Ayong duduk sekali. Makan kerepek sama-sama sementera budak lain tengah menggigil. Nanti sampai masanya Ayong pulak yang menggigil. Tarikh ujian Ayong kalau tak silap lagi seminggu atau 2 minggu lupa dah Ayong. Kali ni Ayong tak tahu nak rasa apa. Ayong cuma nak habiskan apa yang AYong dah mulakan.

    Sampai la hari yang ditunggu-tunggu. Kali ni Ayong cuba la buat yang terbaik tapi Ayong buang sikit perasaan Ayong. Supaya takde gementar dan takde perasaan terlebih yakin. Sebab masa kali kedua ujian dulu Ayong yakin betul boleh lulus sebab Ayong takde masalah dalam latihan. Bila gagal Ayong kecewa jadi untuk kali ni biar la Ayong tinggalkan separuh perasaan tu kat luar ujian. Sampai je kat titi Ayong naik tau-tau dah sampai hujung...eh? Pastu bila buat kon pun tau-tau dah sampai hujung. Airmata Ayong dah bergenang ni. Terharu. Satu demi satu Ayong lepas akhirnya sampai la habis Ayong buat ujian tu takde masalah. Akhirnya lepas sekian lama terbengkalai, Ayong lulus jugak akhirnya. Alhamdulillah.


Weekend Hiking

    Selain pergi kelas latihan motor, setiap kali hujung minggu Ayong selalu jugak pergi hiking kat Bukit Melati, Nilai. Memang cadangannya lepas dah tukar kerja baru nanti Ayong nak rajinkan diri pergi hiking setiap kali cuti hujung minggu. Taknak dah mereput kat rumah takde buat apa. Lagipun Ayong ada masalah semput dan stamina pulak tak kuat. Nak buat apa pun mesti cepat penat. Pastu nafas pulak berbunyi. Jadi kena ubah gaya hidup. Tak dapat buat banyak, buat sikit pun jadi la. Yang penting jangan tinggalkan terus. Ayong sebenarnya suka aktiviti lasak tapi kat Nilai takde aktiviti lasak yang boleh dibuat. Nasib baik kat Nilai ada bukit rekreasi macam Bukit Melati tu, boleh jugak beriadah kat situ.

    Keadaan kat Bukit Melati ni biasanya full house. Disebabkan keadaan kat sana sentiasa penuh dengan manusia yang nak sihat dan aktif beraktiviti, jadi tak perlu risau kalau takde kawan. Datang je sorang. Biasanya memang Ayong sorang la. Ayong memang tak kuasa nak ajak kawan memandangkan Ayong sejenis yang lemah staminan. Bukan apa, takut menyusahkan orang nak tunggu kita yang lembab ni. Sebenarnya pernah je pergi dengan kawan, tapi bila dengan dia Ayong jadi terlebih penat. Sebab speed dia laju dari Ayong. Dia memang kata dia tak kuat tapi nak banding dengan dia, dia kuat. Lagi satu dia suka berborak masa naik bukit. Mana la Ayong nak layan dia lagi, nak ambik nafas lagi. Penat wooooo... baik pergi sorang je.






Saturday, 12 November 2022

Hilang Arah

Handphone Dia Rosak

    Ada satu hari di bulan Januari tu dia kata handphone dia masalah tapi tak tahu apa sebabnya. Ayong tanya la masalah yang macam mana tu tapi sama la dia tak bagitau. Memang la dia ni sejenis yang susah nak jawab bila orang tanya. Korang faham kan apa Ayong tulis? Dia tak bagitau masalah tu apa. Dia cuma cakap handphone ni problem kenapa ntah. Haa lebih kurang camtu la bunyinya. Pastu wasap-wasap tak direplynya. Nak call kang dia sibuk pulak. Lepas beberapa hari pun sama je masih senyap. Ini boleh mendatangkan hangin.

    Jenis Ayong takkan call banyak kali kalau orang tak angkat. Orang call, tak angkat sudahlah. Tapi hangin dah sampai. Esok tu Ayong cuti, ada hal nak dibuat. Pagi tu Ayong pergi bekam. Lepas habis bekam Ayong pergi akademi memandu selesaikan pasal lesen motor. Sampai bila nak terbengkalai kan. Selesai je kat akademi tu terus Ayong bawak motor masuk lebuhraya PLUS laluan ke Kuala Lumpur. Ayong tak tahu apa dalam fikiran Ayong masa tu. Gila ke aku ni? Sampai KL Ayong tak tahu jalan. Jadi Ayong park motor kat stesyen LRT dan ambik train.

    Sebenarnya atas motor tadi Ayong dah terfikir dah kenapa pulak Ayong nak pergi KL ni. Bukannya dia nak jumpa pun. Mesti dia sibuk kerja. Bila dah duk dalam train terus Ayong teringat larhhh akak Ayong kan duk sana, pergi jela rumah dia. Tapi Ayong takde nombor akak macam mana nak bagitau dia. Terus teringat ada anak buah aktif kat SosMed, mintak la nombor akak kat dia. Tak sia-sia pergi KL hari tu, dapat jumpa akak. Sebelum pergi rumah akak Ayong pergi rumah kawan dulu tapi sekejap jela. Selesai je semua akak jemput kat rumah kawan.

    Selesai je makan rumah akak Ayong terus baring buat macam rumah sendiri. Ayong call la dia bagitau Ayong kat sini. Macam biasa la dia kata nak jumpa tapi tak jumpa pun. Mak dengan ayah tiri akak ada ajak tidur rumah dia. Rumah cuma dia berdua je. Akak dah kahwin mesti la duduk rumah lain. Dia suruh Ayong duk tingkat atas, pakai je baju-baju akak mesti boleh punya. Silap-silap esok akak hantar balik. Ayong okay je nak bermalam kat sana, tapi masalahnya motor Ayong tengah park kat stesyen LRT jadi nak taknak kena la balik hari tu jugak.


Sesat Jalan KL

    Ayong balik agak lewat petang jugak. Petang tu jalan jem. Naik train LRT nak pergi kat motor Ayong. Sampai je kat motor lebih kurang jam 8 malam. Hari memang dah gelap. Ayong dah la tak biasa laluan KL. Selalu datang KL naik pengangkutan awam je. Jalan gelap pulak tu tak nampak. Ayong tawakal je. Ikut gerak hati kot-kot pernah lalu jalan tu. Jalan punya jalan akhirnya sampai la laluan yang Ayong biasa lalu. Pelan-pelan je ikut takut terlepas simpang. Dalam kepala Ayong cuma satu, nak masuk lebuhraya PLUS.

    Kalau Ayong dah masuk lebuhraya PLUS tu Ayong dah dikira selamat. Sebab Ayong dah biasa ikut laluan tu. Dah takde masalah nak cari jalan. Tinggal nak berhati-hati di jalanraya je. Tapi sampai ke simpang yang terakhir untuk masuk ke lebuhraya, Ayong tersilap simpang. Entah mana-mana Ayong pergi. Adoiiiii, Ayong masuk balik jalan Ayong park motor tadi. Ayong cuba cari balik jalan yang Ayong lalu tadi entah kenapa tak jumpa jalan. Mungkin sebab Ayong panik kot masa tu. Takut lambat sebab hari dah jauh malam. Nanti dari sibuk terus lengang.

    Makin lama makin tak kenal dengan jalan yang Ayong lalu. Rasa macam makin lama makin jauh, jauh, jauh entah ke mana. Ayong ikut je papan tanda kat jalan. Cuba cari laluan ke Johor Bahru, itu je dalam kepala Ayong. Ikut punya ikut akhirnya laluan tu bawak masuk ke lebuhraya LEKAS. Woiiiii, LEKAS mana ada kereta malam-malam ni! Tapi sebab nak balik jugak dan dah tak tahu nak ikut jalan mana lagi, Ayong hentam jela yang penting sampai rumah. Sepanjang perjalanan yang sunyi dan gelap tu Ayong cuba berfikiran positif taknak bagi bulu roma naik.

    Lebih kurang sejam jugak la baru nampak simpang ke Pajam. Allah je tahu perasaan masa tu. Sampai ke jalan keluar Pajam tu Ayong rasa macam nak melompat terus terjun dari motor. Syukur tak henti-henti. Ayong memang dah biasa jalan Pajam-Mantin jadi takde masalah kalau takde kereta lalu kat situ. Lagipun rumah orang banyak kat kawasan tu. Tapi nasib baik masa tu jalan Pajam tu masih sibuk dan tak sunyi. Sampai rumah masa tu lebih kurang jam 10 malam. Alhamdulillah, Ayong balik dengan selamat malam tu.

Sunday, 6 November 2022

Stalk

    Cerita pasal hamba Allah yang kantoi dengan suara budak kecik tu tiba-tiba muncul dan nampak macam serius. Pernah beberapa kali dia call Ayong tengah malam beberapa jam. Ayong sebenarnya bukan nak melayan suami orang sangat. Tapi sebab tak pasti status dia sebenarnya. Kalau duda okay la kan asalkan bukan suami orang. Cuma dia ni banyak berahsia. Bila ditanya pun jarang nak jawab. Bila tak tanya terasa pulak kata Ayong tak ambik 

    Memandang nampak macam serius balik dengan dia Ayong pun cuba la stalk sedapat yang boleh. Sebenarnya agak susah bila orang jenis berahsia ni. Tapi usaha punya usaha, dapat la jugak hasilnya walaupun tak besar mana. Ayong taknak la cerita pasal tu kat sini. Tapi hasil yang Ayong dapat tu menunjukkan yang takde masalah untuk teruskan hubungan dia dengan dia. Dengan erti kata lain, tidak merampas hak sesiapa. 

    Lagi satu mungkin ada yang persoalkan dia dah tipu banyak benda kenapa masih nak berbaik? Entahlah. Mungkin dia ada alasan tersendiri kenapa dia buat macam tu. Lagipun Ayong bukannya tak berusaha cari yang lain. Cari punya cari alih-alih baik balik dengan dia kan. Takpe la, Ayong berbaik jela dengan dia dan dalam masa yang sama Ayong cari tahu pasal dia sendiri. Kalau tanya asyik menipu je kan jadi biar kita stalk sendiri dan tengok sejauh mana  boleh pergi.

    Bila hubungan tu tak jujur mesti la serba tak kena kan. Selalu memang banyak bertekak jela dari berbaik. Kejap-kejap Ayong cakap dia tak jujur. Kadang panggil dia penipu. Yang dia ni pulak, cakap Ayong selalu buat andaian. Padahal dia tak tahu banyak hal yang dah kantoi. Masalah bila hati dah sayang ni sakit hati pun bukan senang-senang nak angkat kaki. Tapi apa yang Ayong rasa makin bertekak makin sayang sebenarnya.

Sunday, 30 October 2022

Tak Putus Asa

Omi Premium Kali Kedua

    Kata orang, nak jodoh ni kena usaha. Yela, usaha la ni. Usaha mencari. Ayong aktifkan balik omi premium dan bayar selama sebulan. Sebenarnya omi premium ni ada 3 pilihan. Sama ada nak sebulan, 3 bulan, atau setahun. Ayong sengaja ambik sebulan je. Sebab jaga niat. Kalau boleh taknak kenal ramai-ramai. Niat nak cari jodoh, bukan nak main-main. Ayong serius ni. Kenal punya kenal, takde hasil langsung. Semuanya mesej seketul-seketul. Seketul ditanya, seketul dijawab. Dia yang swipe pilih kita, tapi kita yang beria. Mesej sekadar menjawab apa yang kita tanya. Dah dia bukan nak tanya apa-apa pun. Baik tak payah.

    Dalam masa yang sama jugak hamba Allah ni ada text balik Ayong tapi tak selalu. Hubungan Ayong dengan dia baru je beberapa bulan. Malas nak fikir. Lagipun dia pun selalu sibuk jadi tak ganggu masa Ayong pun. Cuma ada sekali tu dia baru outstation dari Kedah. Dia cakap dia terasa sebab Ayong tak ambik tau pasal dia. Langsung tak ambik berat dan tak cari dia. Larhhh dia ni, selalunya kalau Ayong tanya pun bukannya dia nak jawab. Lagipun, budak kecik yang call hari tu sape? Anak? Kalau bukan anak sepatutnya perkara tu dijelaskan walaupun tak ditanya. Jadi anak la kan. Dah kahwin la. Apahal Ayong nak tunggu pulak kan? Cari jela orang lain.


Random Call

    Tak lama lepas tu omi upgrade boleh buat random call. Random call ni lebih pada nak borak je bukan pada nak cari pasangan. Tapi kalau dah jodoh boleh je berkenalan. Random call ni kita tekan je call nanti omi akan sambungkan pada orang yang tengah buat random call jugak. Bergantung pada apa yang kita setting. Memikirkan yang bayar omi premium hari tu takde hasil, Ayong pun cuba la random call. Ramai yang borak kosong je. Sampai la satu masa tu Ayong kenal dengan lelaki bangsa Cina. Dia muda 7 tahun dari Ayong dan kerja sebagai anggota polis. Yup, dia tunjuk gambar dia dan Ayong pernah video call dengan dia. 

    Nama dia Yong. Lebih kurang Ayong je kan? Haha. Dia suka sangat dengan haiwan macam Ayong jugak. Lagi satu dia suka layan doraemon masa tengah makan dan itupun macam Ayong jugak. Kahkah. Sebenarnya dia dah biasa kawan dengan melayu. Jarang sebenarnya nak jumpa orang Cina yang kerja Polis. Ada tu ada, cuma jarang. Dia ni sweet orangnya. Every morning dia akan call Ayong dan sebelum tidur pun akan call dulu. Hehehe. Tapi macam yang Ayong cakap sebelum ni la, Ayong ni introvert! Jadi Ayong mudah bosan dan penat melayan. Macam mana la nak kahwin kan? Okay Ayong ulang. Sebab tu suka yang sibuk! Faham kan?

    Tapi dia kan polis sepatutnya mesti la tak banyak masa. Ya betul. Masa dia kerja, dia memang tak cari Ayong dan Ayong suka macam tu. Tapi walau macam mana sibuk sekalipun dia tetap akan text dan call Ayong seminit dua setiap hari. Ayong akui dia memang sweet cuma tu la, susah jadi introvert ni. Mungkin salah satu sebab hati Ayong tak melekat dengan dia sebab dia non-muslim. Ayong teruskan la jugak sampai la satu masa hubungan tu terhenti sendiri. Dan dalam masa yang sama masih baik dengan hamba Allah tu. Salah satu sebab Ayong baik dengan dia sebab istikharah yang belum jelas dan takde bukti kukuh dia suami orang.



Monday, 24 October 2022

Serabut

Kantoi

    Walaupun rasa macam ada yang tak kena tapi Ayong pilih untuk bersangka baik. Mungkin la sebab Ayong trauma jadi perasaan Ayong je semua tu. Ada satu hari tu dia balik kampung tapi Ayong tak tahu. Kat aplikasi Omi kita boleh tengok lokasi kat profil orang tu secara general jadi tahu la Ayong yang dia balik kampung. Sebab aplikasi tu detect jarak seseorang tu dengan kita. Malam tu Ayong dapat whatsapp call dari dia tapi takde sahutan. Cuma dengar suara budak-budak. Ayong tahu dia dah balik KL. Ayong dengar betul-betul suara tu. Dia ni memang sengaja tekan ke ape. Lepas 7 minit Ayong mati kan call dan cari balik alamat dia. Punya la Allah nak tunjuk. Kawan Ayong kat PJ duduk kat blok yang sama je dengan alamat yang dia bagi.

    Malam tu kawan Ayong pergi tengok rumah dia dan tanya kat jiran-jiran. Esok tu dia mesej Ayong pun macam dah lain. Ayong cakap kenapa balik kampung tak bagitau supaya dia fikir Ayong cuma syak tu suara anak buah dia. Baru la dia mesej macam biasa. Lebih kurang seminggu selepas tu dia tak muncul-muncul. Ayong dah malas nak fikir. Ayong okay je kalau tu anak dia pun. Selagi status dia bukan suami orang takde masalah pun untuk Ayong terima. Masalahnya dia taknak berterus-terang. Ayong malas nak tanya sebab dia banyak menipu. Buat apa tanya kalau jawapannya tak jujur. Lagipun dia sendiri yang pilih untuk rahsiakan hal tu jadi biar la dia sendiri yang bukak cerita. Ayong taknak la paksa sebab tu kan hal peribadi dia.


Orang Lain

    Sebelum ni Ayong ada tukar nombor telefon dengan orang lain jugak kat Omi nama dia Ijal tapi orang tu dah ada girlfriend. Tetibe orang tu cakap dia nak datang Nilai boleh tak nak jumpa. Dia pergi rumah adik perempuan dia dah kahwin duduk area Sepang. Ayong okay je sebab tahu dia bukan suami orang. Dia pun rajin update whatsapp story jadi memang takde rahsia la pasal identiti dia. Dalam minggu yang sama jugak Ayong jumpa Ijal. Tak sampai seminggu dah nampak masalah. Ayong introvert, Ijal pulak clingy. Sikit-sikit nak video call Ayong jadi rimas. Sampai tempat kerja nak call. Ayong balik kerja penat-penat nak bukak tudung dia masih lagi nak video call. Sebelum tidur pun dia call lagi. Haihhh penat la penat.

    Satu malam tu dia call tapi waiting. Lepas kali pertama call waiting dia dah koyak. Dia cakap dia takkan ganggu Ayong lagi. Lepas tu dia call lagi banyak kali. Bertubi-tubi! Ayong masa ni bukan fikir nak matikan talian jelaskan kat dia tapi Ayong dah mula sebal. Tadi dah video call, semalam pun dah video call. Yang nak call berkali-kali apa hal? Ingat Ayong takde life ke 24jam nak kena hadap dia je? Sebab tu Ayong bagitau sebelum ni Ayong lagi suka kalau lelaki tu sibuk. Esok tu dia call lagi bertubi-tubi. Apa masalah dia ni? Fikir la orang kerja ke apa. Nak taip mesej bagitau pun tak sempat sebab asyik call je. Penyudahnya kena buat flight mode semata-mata nak taip whatsapp kat dia. Memang sampai situ jela Ayong kawan dengan dia.

 

Tuesday, 18 October 2022

Trauma

      Pelik

    Lepas beberapa bulan kawan dengan hamba Allah kat Omi ni Ayong dah rasa macam ada yang tak kena. Macam ada perkara yang dia sorokkan. Bagi Ayong selagi orang tu belum sah jadi pasangan kita tak perlu la semua benda nak jujur. Tapi kena tahu la nak bezakan mana hal yang kita perlu jujur mana yang tak perlu. Kalau benda-benda basic pun nak menipu apa benda. Tu wajib tau kot. Bukannya orang mintak nama penuh ahli keluarga lengkap alamat tempat siap dengan nombor telefon semua tu. Masalahnya dia ni, gambar kat Omi tu pun gambar tipu. Jujur la sebenarnya masa awal-awal Ayong dapat tau pun memang tak boleh terima.

    Ayong mula tahu semua ni sejak mula berhubung guna nombor telefon. Nombor yang dia pakai tu nombor yang dah lama dia guna sejak dulu. Ayong tak tahu la sama ada dia tak tahu atau dia lupa yang nombor telefon tu boleh detect macam-macam. Ataupun, dia pandang rendah kat Ayong? Mungkin dia rasa Ayong tak mampu buat semua tu? Tapi semua ni baru perasaan je. Ayong cuma rasa dia menipu tapi belum ada bukti. Dia ni lupa Ayong dah banyak kali kena tipu. Tak banyak pun mesti sikit Ayong dapat rasa kelakuan pelik dia. Tapi tu la, Ayong pendam sampai tak sedar Ayong dah pun terima dia. Kalau tak terima tak la sedih kan?


   Jadi Diri Sendiri

    Sebenarnya Ayong masih trauma dengan masa lalu. Ayong takut kenal dengan lelaki dan jatuh cinta. Seboleh-bolehnya Ayong nak menolak perasaan sayang yang melampau ni. Kadang Ayong tak boleg kawal hati ni, tapi Ayong kawal dengan tingkah-laku. Tak pernah lagi Ayong tunjukkan 100% rasa sayang Ayong pada lelaki. Sebab pada Ayong semua tu tak berbaloi. Terlalu banyak kekecewaan yang Ayong dah terima dari lelaki. Tapi Ayong tetap berusaha untuk jodoh. Cuma pengalaman lepas dah mengubah Ayong jadi yang lain. Dulu Ayong elok je boleh bertutur lemah-lembut dengan lelaki. Sekarang lebih suka cakap macam takde perasaan.

    Kalau dulu Ayong dengar je cakap lelaki. Dia tak bagi keluar rumah Ayong dengar je. Nak pergi mana-mana kena bagitau dia dulu. Macam yang Ayong cakap la Ayong ni introvert. Bila setiap hari nak cari tu rasa serabut. Bila tak layan nanti kena marah dan kena tuduh macam-macam pulak. Cakap Ayong ni dah bosan dengan dia la, ada lelaki lain la. Kadang tu sampai stress duk terangkan yang Ayong cuma nak bersendiri tapi dia duk fikir bukan-bukan, jadi ikutkan jela perangai dia tu. Tapi sekarang tak lagi. Ayong lebih suka jadi diri sendiri. Kalau rasa nak mesej atau call hari-hari buat serabut je, tak payah la. Lantak la dia nak fikir apa.


Kenal Suami Orang

    Walau macam mana pun Ayong tetap ada trauma Ayong sendiri. Bila dah cuba nak move-on ada je jumpa dengan orang entah apa-apa. Kebanyakkannya suami orang yang mengaku bujang. Tak mengaku dah kahwin ada anak bini. Diorang ni mulut manis. Yang bodohnya bila isteri terlampau percaya kat suami dan serang perempuan lain. Padahal perempuan tu  pun tak tahu apa-apa. Nak harapkan perempuan luar untuk tahu status suami korang, tapi korang yang sekatil sebantal pun tak kenal perangai suami sendiri. Kalau dah namanya nak test market, takdenya senang-senang nak tunjuk diri tu bujang. Pakai la otak wahai isteri-isteri yang buta.

    Sampai sekarang dengan siapa pun lelaki yang Ayong kenal, mesti dalam fikiran akan cakap dia ni entah-entah suami orang. Saja nak test market. Even dengan hamba Allah yang Ayong kenal kat Omi ni pun, tetap je Ayong ada syak yang dia ni sebenarnya dah kahwin. Semua tu sebab trauma masa lalu. Bukannya Ayong yang nak kenal dengan suami orang. Dah diorang yang datang. Macam yang Ayong bagitau tadi la. Dah namanya test market takkan nak senang-senang nak nampak kan diri tu bujang. Apa yang penting sebagai perempuan pandai-pandai la jaga diri. Suami yang tak sedar diri ni dia lupa yang kifarah tu ada.

Wednesday, 12 October 2022

Discaj

    Setelah makan tidur makan tidur kat pusat kuarintin ni, akhirnya cukup jugak 10 hari Ayong dengan mak kat sini. Ramai jugak yang discaj sekali. Ibu saudara sebelah abah yang datang jemput sebab adik lelaki belum potong gelang lagi. Dia kena potong gelang kat klinik kesihatan tapi hari tu cuti jadi terpaksa la dia sambung kuarintin. Pasal abah Ayong dengan yang lain dah tak risau sangat. Ayong pun masih lagi bercuti jadi boleh la rehat-rehat dulu kat rumah. Masa ni la baru boleh merasa makanan. Kalau sebelum ni, deria rasa dan bau Ayong hilang. Badan rasa sejuk je. Lepas beberapa hari kat pusat kuarintin semua dah okay dah.

Abah Discaj

    Baru sehari Ayong dengan mak discaj dari pusat kuarintin, pagi esoknya pihak hospital call abah bagitau abah dah boleh discaj. Aikkk?? Cepatnya boleh keluar hospital?? Macam tak percaya. Pihak hospital kata tempoh tu dikira dari hari pertama dan dah cukup 10 hari. 10 hari kuarintin tu kita semua memang dah sedia maklum. Tapi yang buat macam tak percaya tu bukan masalah tempoh 10 hari tu. Bukan ke hari tu abah macam teruk sangat?? Ni tetibe je boleh discaj?? Adik lelaki pun belum potong gelang. Sape nak pergi ambik ni?? Huhu...tapi disebabkan gembira abah nak keluar, mesti la kita usahakan la jugak untuk bawak abah balik.

    Lepas dah habis fikir, akhirnya Ayong, adik lelaki dengan adik ipar pergi ambik abah. Adik lelaki bukan masalah besar pun dia negatif covid. Cuma masalahnya dia masih pakai gelang pink sebab klinik kesihatan tutup. Nak buat macam mana kan. Kena cuba sorok-sorok sikit gelang pink dia. Kita cuma nak ambik abah dan terus balik rumah. Sampai je hospital, sepatutnya sorang wakil je boleh ambik abah kat wad sebab abah pengguna kerusi roda. Tapi disebabkan ada barang nak bawak, jadi naik la Ayong dengan adik lelaki jemput abah kat wad atas. Masa nampak muka abah kat wad tu perasaan rasa gembira tak terkata, abah dah sihat!

    Masuk je kereta abah nampak macam rindu sangat. Masa ni adik ipar bawak kereta. Abah kan, dia pegang-pegang je kepala adik ipar tu sejak mula-mula dia masuk kereta. Berkali-kali abah buat macam tu. Sebelum ni mana pernah abah buat macam tu kat anak-anak pun. Masa kecik mungkin la pernah tapi mana la nak ingat kan? Selama dah besar ni abah tak pernah buat pun. Yela, 10 hari kat hospital tak nampak muka sorang waris pun datang melawat dia. Abah puji habis kakitangan kat hospital semua baik-baik. Semua jaga dia elok-elok. Sebenarnya lepas apa yang dah berlaku, Ayong dengan yang lain masih terkejut yang abah dah boleh discaj.